TIPS AMBIL GAMBAR
Tips Ambil Gambar Kahwin/ Event
Ini Cara atau tips ambil gambar Kahwin/Teknik Mengambil Gambar pengantin/ Perkahwinan untuk Newbie yang Zarith Picture boleh kongsikan sedikit untuk dijadikan panduan ringkas:
1. BERSEDIA : kita perlu sampai awal. Lihat persiapan pengantin atau objek, berkenalan dengan ahli keluarga pengantin, Capture dengan kreatif, sedang makeup, sedang bersiap atau sedang berbual, merenung, bercakap telefon dan segala aktiviti yang difikirkan perlu..
2. EXTRA SHOT : Fokus secara manual atau guna mid-range aperture such as f/6.3 - f/8. Ambil gambar kasut, cincin, bunga, gelas, pakaian , atau apa saja yang berkaitan yang rasanya ia menceritakan sesuatu.
3. LOKASI EVENT : Setelah sampai ke tapak event contoh masjid / dewan / rumah boleh gunakan flash jika perlu . Jangan buang masa, ambil sahaja gambar keadaan manusia yang terlibat dalam majlis itu, props dan aksi pengantin atau pengapit. Jangan ambil dari dalam kereta atau jarak jauh. Ambil dalam keadaan yang paling unik. Dan bersedialah kerana waktu inilah keadaan dan moment serta aksi tak terjangka akan wujud.
4. KETIKA MAJLIS :
Nikah : Ambil wajah ibubapa pengantin, reaksi pengantin sebelum dan selepas . Tok kadi dan pengapit. Sertarekaan mas / mas kahwin jika ada .Sanding dan beradap : ambil gambar aturcara , ambil gambar di penyambut tetamu, ambil gambar laluan pengantin, ambil gambar menepung tawar , ambil gambar prop dan elemen yang menangkap.
5. BERAKHIRNYA MAJLIS .Dari jauh, dari belakang, long -shot juga sesuai untuk shot 'akhir' begini.
6. PENGANTINIni kena kreatif. Biar ada konsep . Sekarang ada pra-wed (vid atau gambar) juga. Gunakan teknik ,mula-mula guna jarak paling jauh, diikuti separuh dan last sekali ambil close-up. Ambil dari pelbagai angle dan posisi.
7.JANGAN LUPA. Ambil gambar berkumpulan hadirin serta detail , hidangan atau perhiasan yang ada disekeliling majlis. Ambil gambar orang-orang penting dalam majlis. Acara sampingan (jika ada , selalunya mengaji sebelum nikah, atau menyanyi menari selepas sanding ,atau ucapan, perlu diambil untuk memberi great moment atau nilai tambah dalam koleksi gambar perkahwinan mereka )
Dipetik ZarithPicture
Comments