KAWALAN KAMERA

KAWALAN KAMERA


Kamera DSLR moden merupakan satu rekaan canggih dan sangat kompleks dengan teknologi terkini. DSLR bermaksud ‘Digital Single-Lens Reflex’ atau dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘Pantulan Lensa Tunggal Digital’. Sistem kamera ini sebenarnya telah wujud sejak zaman kamera analog lagi dan dikenali dengan nama kamera SLR.

Terdapat pelbagai fungsi tetapan yang moden dan canggih di dalam kamera DSLR ini yang boleh membuatkan pengguna yang tidak mahir menjadi keliru. Kebanyakan fungsi tetapan ini boleh diakses terus melalui butang pada badan kamera. Pengguna boleh menetapkan mode kawalan gambar yang dikehendaki untuk mengambil satu-satu gambar seperti mode potret, sukan, panorama, manual, apertur dan juga mode video. Tetapi tidak terdapat mode astrofotografi!

Untuk menjadi mahir dalam penggunaan kamera DSLR, adalah amat digalakkan supaya kita meluangkan masa dengan membiasakan diri dengan pelbagai tetapan dan menu-menu yang terdapat di dalam kamera

Terdapat tiga elemen penting dalam proses tersebut adalah :
1) ISO : Ukuran sesitiviti sensor kamera terhadap cahaya
2) Bukaan Aperture : Saiz bukaan lensa ketika mengambil gambar
3) Kecepatan Shutter : Masa dedahan/bukaan cermin dihadapan sensor

Interaksi antara ketiga-tiga elemen ini disebut sebagai dedahan/exposure. Perubahan salah satu elemen akan menyebabkan elemen lain turut berubah.

Pada dasarnya, kamera adalah sebuah alat yang digunakan untuk merakam cahaya melalui sensor kamera. Cahaya yang masuk akhirnya ditukar menjadi sebuah gambar. Jika banyak cahaya yang masuk, maka gambar yang terhasil menjadi terlalu terang dan disebut sebagai (overexposed) dan jika sedikit cahaya yang masuk maka gambar akan menjadi gelap dan disebut sebagai (underexposed). Ketiga-tiga elemen ini berhubung kait dalam memastikan gambar yang terhasil adalah yang terbaik.

Rumus exposure: Kecepatan Shutter + Bukaan Aperture + Bacaan ISO = Exposure

Bagi Astrofotografi, penguasaan ketiga-tiga elemen ini adalah penting. Pengunaan elemen-elemen ini dengan baik akan menghasilkan gambar astrofotografi yang menarik. Kaedah dibawah menunjukkan penggunaan ketiga-tiga elemen dengan baik dalam mengambil gambar astrofotografi.

1-Kecepatan Shutter
Tetapkan kecepatan shutter kepada 30s. Kita juga boleh menetapkan kepada 5s/10s/20s bergantung kepada kecerahan tempat tersebut, bacaan ISO serta bergantung kepada bukaan aperture yang terdapat pada lensa yang digunakan.

Kita perlu berhati-hati, kerana semakin lama tempoh dedahan digunakan kemungkinan bintang akan menjadi trail (jejak) adalah besar. Kita boleh menetapkan kecepatan shutter dengan menggunkan tombol putar yang terdapat diatas kamera anda

2-Aperture

Tetapkan bukaan aperture kepada yang paling besar berdasarkan lensa yang digunakan. Huruf "F" mewakili nilai bukaan aperture. Semakin kecil kecil nilai "F" semakin besar bukaan diameter aperture sehingga semakin banyak cahaya yang masuk.


3-ISO

Secara umumnya ISO ditetapkan dengan dedahan yang lama (long-exposure).Untuk mengambil gambar langit malam tetapkan bacaan ISO antara 1600, 3600, 6400. Bergantung kepada kecerahan tempat tersebut serta bergantung kepada bukaan aperture dan kecepatan shutter.
Semakin tinggi nilai ISO, semakin banyak hingar (noise) pada gambar yang terhasil.








Comments

Popular posts from this blog

POKOK KETUMBIT

TIPS AMBIL GAMBAR

POKOK MATA KUCING