Posts

LEBAH KELULUT

GALERI PHOTO Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah adalah sejenis serangga tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat  di  seluruh dunia. Lebah  kelulut  boleh  didapati  di  kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika  Amerika. Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah.Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa. Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain. HABITAT Lebah kelulut telah mengalami evolusi dengan pelbagai bentuk sarang dan kelakuan pemakanan berbeza, mengikut setiap spesis. Semua kelulut membina sarang da...

POKOK JAMBU BATU

GALERI PHOTO

POKOK NANGKA

Image
Panduan Menanam Nangka NANGKA - Artpcarpus Heterophyllus  (tanaman jangka panjang) Nama Saintifik : Artocarpus heteropyllus Lam Nama Tempatan : Nangka Keluarga : Moraceae Nangka tergulung dalam keluarga Moraceae. Terdapat 60 genus dan lebih 1000 spesies pokok-pokok dari keluarga ini di kawasan tropika. Nangka memupunyai zat tenaga, air, protin, lemak, karbohidrat, gentian, abu, kalsium, fosforus, besi, beta-karotin, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C dan niasin.  Pokok nangka merupakan sejenis tumbuhan yang mengandungi getah berwarna putih dan boleh mencapai ketinggian tahap sehingga 20 meter serta mempunyai sistem akar tunjang. Anak pokok nangka mempunyai akar tunjang yang mudah tercedera dan boleh menjejaskan kejayaan penanaman di ladang.  KEPERLUAN ASAS TANAMAN Iklim Sesuai ditanam di kawasan rendah beriklim tropika. Taburan hujan tahunan 2540 mm sementara suhu optimum di antara 27o - 31oC. Tanaman ini agak tahan kepada ketegasan kekurangan air tetapi kemara...

POKOK MATA KUCING

KEJAYAAN PENGUSAHAAN  POKOK MATA KUCING Ada yang memanggilnya buah mata kucing.  Ada juga memanggilnya longan .  Nama saintifiknya ialah  Euphoria malaiense Namun, jangan keliru dengan mata kucing dan longan kerana ia buah yang berbeza walaupun secara kasarnya ia kelihatan sama.Pokok mata kucing sejenis subspesies pokok longan. Ia dinamakan demikian kerana rupa dan saiz buahnya seperti mata kucing, tetapi kecil sedikit berbanding longan.Pokok mata kucing berasal dari Malaysia dan Indonesia.  Setiap pokok mata kucing mampu mengeluarkan 2,000 hingga 3,000 buah pada setiap musim berbuah. Ada beberapa jenis pokok mata kucing, antaranya belian, isau dan kakus. Bagaimanapun, setiap kali tiba musim buah berkenaan, kita sering membeli buah mata kucing atau longan diimport dari Thailand. Kini, bagi penggemar buah berkenaan, mereka boleh berkunjung ke ladang milik Azmi Morad, 56, yang mengusahakan lebih 400 pokok mata kucing jenis belian di Kampung Berapit,...

POKOK RAMBUTAN

POKOK RAMBUTAN KETERANGAN AM Nama Biasa :  Rambutan Nama Saintifik :  Nephelium lappaceum  Keluarga :  Sapindaceae Asal :   Rambutan berasal dari kawasan Malaysia-Indonesia. Kawasan Utama Tanaman : Rambutan didapati ditanam dengan meluas di negeri Perak, Pahang, Kedah dan Kelantan. Kegunaan : Buah rambutan dimakan segar atau dikalingkan dan juga boleh dibuat jem. Kandungan Zat Makanan : Kandungan Kandungan / 100 gm yang boleh dimakan Tenaga 59.9 Air 84.7% Protin 0.7 g Lemak 0.1 g Kabohidrat 13.9 g Serat 0.2 g Kalsium 22.0 mg Posporus 30.0 mg Besi 2.5 mg Thiamin 0.01 mg Riboflavin 0.04 mg Niacin 0.1 mg Vitamin C 38.6 mg KEPERLUAN TANAMAN Cuaca : Pokok rambutan sesuai ditanam di kawasan yang suhu optimanya di antara 26-28ºC, dengan purata hujan tahunan di antara 1700-2500 mm. Tanah : Penanaman rambutan sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah di kawasan tropika dan pH tanah di antara 5.5-7.0. ...

POKOK DURIAN BELANDA

POKOK DURIAN BELANDA Durian belanda atau nama saintifiknya Annona muricata L. Ia bukanlah dalam kategori pokok Durian, tetapi dinamakan sedemikian kerana memiliki duri lembut pada kulitnya.  Ia tergolong daripada keluarga Annonaceae sama seperti nona seri kaya,cherimoya,nona kapri dan atemoya. Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia. Di Indonesia, ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). Pokok durian Belanda biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah. Kawasan tanaman utama di Malaysia ialah Perlis, Johor, Pahang, Perak dan Sabah. Tanaman ini dipercayai oleh pakar-pakar dan saintis dapat mengubati penyakit kanser dan mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. antaranya ialah mengandungi fosforus, kalsium, vitamin B dan C yang baik untuk rawatan demam panas dan bengkak hati. Buah durian belanda secara umumnya dibiakk...

POKOK DURIAN MUSANG KING/ KUNYIT

Durian Musang king  atau dari Negara asalnya disebut sebagai Mou San Wan (berarti raja kucing) , pertama kali dikenalkan pada tahun 1990. Ketika itu di kawasan Tanah merah, Kelantan Malaysia tersiar kabar terdapat pohon durian yang menghasilkan buah dengan karakter istimewa: daging buah kuning, lembut, rasa manis pahit, dan sebahagian bijinya kempes. Kemudian pada tahun 1993, seorang warga bernama Wee Chong Beng mendaftar durian tersebut sebagai varietas unggul dengan nama Raja kunyit. Nama Kunyit disematkan karena warna daging atau isi buah kuning seperti kunyit. Masyarakat juga menyebut raja kunyit musang king, karena lokasi pohon induk konon di dekat Gua Musang di Kelantan. Raja kunyit adalah varietas ke – 197 yang terdaftar di Kementerian Pertanian Malaysia. Itulah sebabnya Durio Zibethinus itu mendapat kode klon D-197. Popularitas  Durian Musang king  semakin mendapa nama dan menanjak di Malaysia setelah media cetak berbahasa tiongkong memuat artikel tentang du...